Watak utama (Ahli Kelab Tenis Seigaku) Putera_Tenis

Pemain tetap

  • Ryoma Echizen (越前 リョーマ) dilabel sebagai seorang genius dalam sukan tenis pada usia 12 tahun (ketika bermulanya kisah siri manga ini). Dia paling mantap menggunakan kebolehan Twist serve yang mana bola tenis dilambung ke arah muka lawan dalam kelajuan yang tinggi. Meskipun kidal, Twist servenya hanya berkesan apabila dihantar oleh tangan dominan pihak lawannya. Meskipun kadang-kadang berperangai angkuh dan bermegah-megah, Ryoma mampu mempertahankan pendiriannya dengan kemahiran tenisnya. Walaupun pendiam, Ryoma mempunyai cukup ramai kawan. Ryoma mempunyai seorang abang angkat yang bernama Ryoga Echizen...
  • Kunimitsu Tezuka (手塚 国光) merupakan pelajar tingkatan tiga di Seigaku dan kapten kelab tenis sekolah tersebut. Teknik tenis yang paling mahir dikuasainya merupakan Zero-shiki drop shot, yang mana kepala raketnya diturunkan 3.2mm untuk menghelahkan lawannya untuk menyangka dia akan melakukan lantunan normal. Setelah dilantun, bola merentasi jaring dan mendarat sekaki jaraknya dari bawah jaring, di mana teknik khusus tersebut menonjolkan kehebatannya dengan bola itu mengguling ke belakang, agar menghalang pihak lawan daripada membalas.
  • Shuichiro Oishi (大石 秀一郎) merupakan naib kapten kelab tenis Seigaku dan juga pelajar tingkatan tiga. Dia bersikap amat prihatin terhadap prestasi kelabnya. Terkenal dengan gerakan Moon Volley yang mana bola dilantun tinggi-tinggi dan mampu kambali "masuk" dalam bahagian gelanggang.
  • Shusuke Fuji (不二 周助) juga pemain tenis Seigaku. Walaupun nampak macam pendiam dan ceria namun kehebatannya bermain tenis tidak boleh dipandang rendah. Teknik khususnya, Counter Quartet merupakan teknik yang berkesan apabila bola berpusing apabila dihantar, dan dihentikan pusingannya apabila dibalas raket pemain ini.
  • Eiji Kikumaru (菊丸 英二) pemain yang dikatakan mempunyai mata paling tajam dalam pasukannya. Dia terkenal dengan gerakan Kikumaru Beam yang mana bola dilambung dari kedudukan belakang badan ke pemain lawan.
  • Sadaharu Inui (乾 貞治) merupakan pemain yang bermain secara 'logikal' dalam cara bermain tenisnya yang tersendiri bergelar 'tenis data' yang mana dia mengumpul dan menganalisa data pemain lain untuk mengkaji kelemahan mereka. Dia juga berkebolehan menentukan secara tepat kebarangkalian shot bola tertentu berjaya dihasilkan.
  • Takeshi Momoshiro (桃城 武) seorang yang suka beramah mesra dengan orang lain dan suka dipanggil Abang Momo (bahasa Jepun: Momo-chan). Dia merupakan pemain tenis yang mengikut gaya baseliner yang aggresif. Dikenali dengan gerakan khas Bullet Serve, Dunk Smash, Jack Knife dan sebagainya.
  • Kaoru Kaido (海堂 薫) bergelar "Viper" kerana mukanya bagaikan ular, mulutnya sering menghasilkan desisan ular, dan terkenal dengan gerakan snake shot dan boomerang snake, serangan terus yang bergerak secara melengkung di udara.
  • Takashi Kawamura (河村 隆) seorang pemain tenis yang dikenali dengan teknik khusus Hadoukyuu yang berbahaya kepada penggunanya.

Pemain lain

  • Masashi Arai (荒井 将史) adalah seorang ahli kelab tenis Seigaku yang garang dan sering membuli ahli-ahli junior. Dia barangkali dihukum menjadi seorang pemain biasa sahaja yang tidak giat dalam perlawanan tenis setelah terlibat dalam satu insiden berkaitan disiplin ahli kelab di awal cerita.
  • Satoshi Horio (堀尾 聡史) merupakan pelajar tahun pertama dan punca jenaka dalam siri ini yang kononnya banyak pengetahuan dalam tenis serta mengaku melalui "dua tahun pengalaman bermain tenis".
  • Kachiro Kato (加藤 勝郎) dan Katsuo Mizuno (水野 カツオ) juga pelajar tahun pertama yang berperanan sebagai penasihat Satoshi.